[VIDEO] Satu dunia patut tukar pemimpin sebab ‘Kerajaan Gagal’ – Musa Hassan

JIKA kegagalan menangani wabak Covid-19 dijadikan ukuran menukar pemimpin dan kerajaan, hampir semua negara sepatutnya sudah melakukan perkara tersebut, demikian tegas Tan Sri Musa Hassan.

Bekas Ketua Polis Negara itu berkata, ini kerana setakat ini belum ada negara yang mengisytiharkan mereka berjaya menangani pandemik tersebut berikutan varian-varian baharu yang muncul.

“Rasanya semua kerajaan di dunia gagal kerana ramai rakyat mereka yang mati dan COVID-19 meningkat. Agak (apakah) semua kena tukar pemimpin baharu, semua akan perform dengan baik?

“Negara lain sekarang dah mengalami kenaikan kerana variant delta, dan ada yang hendak menyambung lock down semula,” katanya menerusi ciapan di akaun twitter hari ini.

Menurut Musa, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bertungkus-lumus melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung pandemik tersebut, selain memastikan ekonomi negara tidak musnah.

Katanya, Covid bermula semasa kerajaan Pakatan Harapan lagi. Apa yang mereka telah lakukan untuk membendung penularannya, soalnya. Pandangan ini dibuat Musa bagi menjawab pertanyaan pengikut twitter berhubung kemelut politik dan pandemik COVID-19 hari ini.