Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Persefahaman rentas parti tawaran berjiwa besar -

Persefahaman rentas parti tawaran berjiwa besar

PERSEFAHAMAN rentas parti umumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini adalah satu tawaran berjiwa besar yang ditunggu oleh mereka yang ingin melihat kesuburan proses demokrasi dalam negara.

MOHD. ROSLAN MOHD. NOR

Jelas beliau, tawaran tersebut memberi isyarat bahawa ketua pembangkang perlu berfungsi untuk turut sama membangunkan negara dan bukan lagi hanya membangkang apa sahaja yang dicadangkan oleh kerajaan.

“Gunakan peluang keterbukaan pihak kerajaan ini untuk memperteguhkan kembali pentadbiran negara berasaskan sistem demokrasi Raja Berpelembagaan, mengangkat kedudukan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya serta menyemarakkan Islam sebagai teras kepada perpaduan.

“Sehubungan itu, Pintar menggesa para pemimpin parti-parti politik untuk kembali memberikan tumpuan kepada kemaslahatan rakyat, bukannya berterusan melakukan gerakan politik untuk merampas kuasa, mengganti Perdana Menteri dan seumpamanya,” kata beliau kenyataan tersebut.

Beliau turut menegaskan, Pintar menasihatkan rakyat menolak pemimpin parti-parti politik yang suka menangguk di air keruh kerana golongan ini membawa risiko yang besar.

Dr. Mohd. Roslan menambah, Pintar beroendapat ada baiknya pihak istana bertindak selaku pendamai dengan menggalakkan perundingan untuk kestabilan kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 dilangsungkan. – SB