Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kilang kitar plastik terpakai terbakar -

[VIDEO] Kilang kitar plastik terpakai terbakar

KEBAKARAN kilang kitar semula plastik di Lorong Sultan Mohamad 1, kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang yang tular di media sosial berjaya dikawal oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, malam tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis yang turut serta dalam operasi pemadaman itu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran terbabit jam 8.22 malam tadi.

Katanya, bomba yang tiba di lokasi pada jam 8.35 malam mendapati api sedang marak membakar keseluruhan bangunan kilang itu.

“Kebakaran dipercayai bermula kira-kira jam 8.15 malam dan membabitkan sebuah kilang kitar semula plastik berkeluasan 300 x 600 kaki persegi.

“Anggaran kemusnahan bangunan kilang kelas A jenis setingkat adalah 90 peratus.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.51 malam daripada merebak bangunan sebelah dan api semakin mengecil sekarang. Kerja pemadaman sepenuhnya sedang dijalankan, saya juga masih di lokasi sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun Norazam berkata, kebakaran terbabit tidak membabitkan kemalangan jiwa.

“Alhamdulillah buat masa ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pekerja di bangunan itu dipercayai berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata, JBPM Selangor menggerakkan kira-kira 60 anggota dan pegawai bagi operasi pemadaman itu.

“Operasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Kota Raja, BBP Sungai Pinang, BBP Subang, BBP Kota Anggerik, BBP Andalas, BBP Serdang, BBP Sungai Buloh, BBP Seputih dan BBP Shah Alam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial keadaan api yang mara menjulang di kilang terbabit dikongsikan oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.