Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tular mesej pertemuan Muhyiddin dengan ketua parti PN petang ini -

Tular mesej pertemuan Muhyiddin dengan ketua parti PN petang ini

Oleh Abu Ubaidillah Rahman

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua-ketua parti yang bergabung di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka mengadakan pertemuan petang ini.

Perkara tersebut tular menerusi aplikasi WhatsApp sejak awal pagi ini antara lain menyebut pertemuan tersebut diadakan di bangunan Perdana Putra dekat sini jam 5 petang.

Keadaan politik kembali panas selepas beberapa hari Muhyiddin menegaskan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan di Parlimen pada September depan.

Pada 4 Ogos lalu Muhyiddin mengumumkan beliau masih lagi Perdana Menteri yang mendapat sokongan ahli Parlimen setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dalam pengumuman tersebut Perdana Menteri menegaskan akan menentukan keabsahan dalam sidang Parlimen September ini.

Sementara itu, menurut laporan sebuah portal, Muhyiddin juga dijadual akan bertemu dengan pemimpin politik Sabah dan Sarawak di Kuala Lumpur juga pada hari ini.