Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] PAS tidak tolak kemungkinan PRU norma baharu -

[VIDEO] PAS tidak tolak kemungkinan PRU norma baharu

PAS tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan dalam waktu pandemik Covid-19 mengambil kira suhu politik yang terus hangat pada masa ini.

Ingatan tersebut diberikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menyampaikan ceramah dalam talian malam tadi yang menambah, bagaimanapun pilihan raya tersebut akan diadakan dalam keadaan norma baharu .

Sehubungan itu katanya, persediaan untuk menghadapi PRU dalam norma baharu perlu dilakukan dan diterima penyokong PAS.

“(Mungkin) tiada lagi aktiviti kempen sekiranya pandemik Covid-19 masih lagi menular.

“Jadi kita kena bersiap sedia dengan suasana baharu. Memanglah pada peringkat awal susah laksanakan norma baharu ni, namun lama-lama insya-Allah akan okay,” kata seperti dilapor portal Harakah.

Menurut Tuan Ibrahim, pelaksanaan norma baharu dirasai dalam kehidupan harian sekarang, malah turut melibatkan ceramah, mesyuarat serta perjalanan PRU15.

Beliau menjelaskan, ketidakstabilan politik berlaku hari ini kerana UMNO telah meminta Ahli-ahli Parlimennya menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meskipun Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya di Parlimen bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri, namun kini masih wujud gerakan untuk melanggar titah berkenaan.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.