Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Pembangkang tolak Anwar Ibrahim -

[VIDEO] Pembangkang tolak Anwar Ibrahim

TERGESA-GESA dan bercelaru. Blok pembangkang mengakui mereka masih belum dapat mengumpul sokongan cukup untuk membuktikan kepada Yang di-Pertuan Agong, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Walaupun dilaporkan sudah mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan mereka menolak kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi ia sekadar tindakan tergesa-gesa menyokong surat yang dihantar UMNO.

Sebelum ini, UMNO menghantar surat menegaskan 13 Ahli Parlimennya tidak menyokong Muhyiddin, diikuti tindakan susulan oleh beberapa parti gabungan Pakatan Harapan (PH).

Namun, sehingga kini, gabungan pembangkang itu belum mencapai sepakat menentukan siapa calon yang paling layak, dan disebabkan tiada sokongan majoriti, mereka dilapor membatalkan pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden AMANAH yang juga Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengesahkan PH menghantar surat tidak menyokong Muhyiddin

“Ya kita ada buat surat (akuan). Surat itu dihantar menerusi parti (masing-masing dalam komponen Pakatan Harapan – PH). Cuma saya tak pasti bila surat itu dihantar tetapi saya dimaklumkan mengenainya,” katanya memetik laporan BHOnline.

MalaysiaNow pula melaporkan, seorang pemimpin kanan PKR berkata, blok pembangkang ketika ini hanya bersetuju untuk memberi tumpuan kepada Ahli Parlimen yang menentang Muhyiddin.

“Memanglah Ahli Parlimen pembangkang tak akan sokong Perdana Menteri yang memerintah. Perkara sedemikian dah memang terang. Tetapi kami berpandangan sesuatu perlu dilakukan cepat untuk menyokong surat UMNO kepada Tuanku.

“Mereka sedar, selagi tidak memiliki nama untuk calon Perdana Menteri, tidak ada apa yang berubah dalam konteks persefahaman untuk menggulingkan kerajaan sekarang,” katanya.

Memetik laporan itu PH dan beberapa Ahli Parlimen lain mendakwa berjaya mengumpulkan 100 nama berserta 13 nama yang didakwa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun Ahli Parlimen di luar PH turut menolak kepimpinan Muhyiddin, namun mereka tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, yang dikatakan sebagai matlamat utama rancangan Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sehingga sekarang, calon perdana menteri belum dinamakan kerana penentangan hebat Ahli-ahli Parlimen yang boleh menjadi ‘king maker’,” kata sumber dalaman PKR kepada MalaysiaNow.