SEORANG wanita warga emas, dipercayai peminta sedekah yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di hadapan sebuah bank di Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah semalam, disahkan positif Covid-19, hari ini.
Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah, berkata mangsa berusia 63 tahun kerap kelihatan berada di kawasan kaki lima bank terbabit untuk meminta sedekah.
“Mangsa sentiasa mengunjungi premis bank terbabit seawal 9 pagi setiap hari. Saksi kejadian memaklumkan melihat mangsa ketika kejadian berada dalam keadaan tidak bermaya dan duduk di hadapan pintu masuk kiosk mesin pengeluaran wang (ATM).
“Secara tiba-tiba mangsa jatuh tertiarap dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, ujian calitan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, mengesahkan mangsa positif Covid-19 dan masih dalam proses mengesan waris mangsa.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.