Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Belum cukup 16 anak -

Belum cukup 16 anak

BELUM cukup. Walaupun sudah mempunyai 16 orang anak, Jeni Bonell dan suaminya Ray, dari Queensland, Australia masih merancang mahu menambah ahli keluarga mereka.

Ketika ini, pasangan itu sudah mempunyai sembilan anak lelaki dan tujuh anak perempuan berusia antara enam hingga 31 tahun.

Mereka berkongsi pandangan mengenai kehidupan yang sibuk di laman sosial Instagram dan YouTube dengan Jeni berkata, dia diberkati kerana memiliki begitu ramai anak.

Wanita berusia 51 tahun turut berkongsi pengalaman bagaimana dia membelanjakan 243 Pound Sterling (kira-kira RM1,463) seminggu untuk makanan keluarga.

“Kami akan memberikan kasih sayang kepada anak yang ramai. Itu belum berlaku, tetapi kami akan lebih menyayangi mereka,” kata Ray.

Jeni berkata, mereka sangat gembira jumlah anak yang dimiliki dan sangat terbuka untuk memiliki lebih ramai cahaya mata.

“Akhirnya, usia dan kehidupan akan menghalangnya, tetapi selalu ada harapan,” katanya yang kerap berkongsi rutin bagaimana dia menyediakan sarapan dan makan malam untuk keluarganya seperti telur goreng, roti bakar, kacang panggang dan daging salai.

Dia menggunakan 36 telur, satu tin kacang dan beberapa buku roti serta menggunakan peralatan jamuan untuk memasak 18 telur sekali gus, sebelum mengalihkannya ke ketuhar.

“Ada banyak pengorbanan yang datang dengan memiliki keluarga sebesar ini, tetapi bagi kita, itu benar. Bagi banyak orang lain, mungkin tidak,” katanya ketika ditanya soal kehamilan dengan menegaskan, dia menikmati setiap detik mengandungkan anak mereka.