Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
9 penumpang komuter di Tokyo ditikam, ditumbuk -

9 penumpang komuter di Tokyo ditikam, ditumbuk

by

in

KEGANASAN di atas komuter berlaku apabila sembilan penumpang cedera termasuk seorang parah ditikam oleh seorang lelaki, di Jepun semalam.

Menurut laporan media tempatan, suspek yang berusia 20-an kemudian menyerah diri kepada polis selepas melarikan diri dari tempat kejadian.

Kes keganasan seumpamanya jarang berlaku di Jepun, apatah lagi ketika tahap kawalan keselamatan dipertingkatkan ketika penganjuran Sukan Olimpik 2020.

Tragedi itu berlaku di Setagaya yang terletak hanya beberapa kilometer dari lokasi acara berkuda Olimpik.

Operasi tren itu kemudian dihentikan selepas pengendali landasan dimaklumkan mengenai kejadian itu manakala pisau dan telefon bimbit disyaki milik suspek ditemui dalam gerabak.

Bagaimanapun suspek berjaya ditahan polis apabila lelaki itu menyerah diri di kedai serbaneka berhampiran selepas membuat pengakuan kepada pengurus kedai terbabit.