[VIDEO] Helah di sebalik desakan Zahid, Anwar

0
654

SEMALAM Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar kerajaan Perikatan Nasional agar memanggil sidang khas segera tanpa menunggu bulan September bagi membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti.

Pada hari yang sama juga ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan agar sidang khas itu diadakan segera iaitu sebelum 9 Ogos.

Nada desakan yang hampir sama itu tidak menghairankan mengenali hubungan Anwar dan Zahid ibarat `Guru dan Murid selama ini.

Kedua-dua mereka dijangka membentuk jajaran baharu politik tanah air yang terdiri daripada UMNO, PKR dan DAP dengan Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika rancangan Zahid untuk membawa keluar UMNO daripada kerajaan PN berjaya.

Sebelum ini Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara diam-diam pernah mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan Anwar dilantik serbagai Perdana Menteri ke-9.

Selain itu satu rakaman audio yang dipercayai perbualan antara Zahid dan Anwar yang saling berterima kasih dan menyatakan senang hati selepas perwakilan-perwakilan UMNO bersetuju dengan usul Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional juga pernah tular sebelum ini.

Zahid ketika mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira sedikit masa dahulu pernah mengaku suara di dalam rakaman telefon tersebut adalah suaranya.

Presiden UMNO juga turut mengaku telah menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here