VAKSINASI secara ‘walk-in’ di Lembah Klang yang bermula semalam, ternyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada segenap lapisan masyarakat.
Inisiatif itu adalah peluang bagi warga Lembah Klang berusia lebih 40 tahun atau golongan komorbid sejak untuk memudahkan mereka mendapatkan suntikan vaksin tanpa perlu menunggu janji temu di aplikasi MySejahtera
Menurut Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), PPV yang dibenarkan operasi ‘walk in’ ialah KL Convention Centre (HCO F, HCO G dan HCO H); Bangi Avenue Convention Centre; Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre, Shah Alam.
Menurut CITF juga, pemberian vaksin kepada individu 40 tahun ke atas bermula semalam hingga 4 Ogos manakala bermula 5 Ogos, ia akan terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas.
Menurut laporan Berita Harian, Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 (PPV) Hotel Wyndham, Klang, mendapati orang ramai sudah beratur sejak jam 10 pagi untuk mendapatkan pelalian secara walk-in walaupun suntikan hanya diberi mulai jam 2 petang. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.