Polis akan panggil 107 MP berdemo hari ini

KESEMUA 107 Ahli Parlimen pembangkang yang berhimpun di Dataran Merdeka hari ini untuk dirakam percakapan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta 342 iaitu Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim ketika memaklumkan perkara berkenaan memberitahu, pihaknya bertindak setelah mendapat maklumat melalui media berlangsungnya perhimpunan tersebut di Parlimen itu hari ini.

Rentetan maklumat itu, semakan telah dibuat dengan pihak Parlimen dan pihaknya mendapati tiada sebarang persidangan pada hari ini dan polis telah mengadakan sekatan serta lencongan untuk menghalang kumpulan itu berarak dan memasuki tersebut.

Kata beliau dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini, pihaknya telah mengenalpasti para peserta dalam Perhimpunan Solariti Bersama Anwar Ibrahim di Parlimen itu dan kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Hasil siasatan awal mendapati bahawa seramai 107 ahli Parlimen pembangkang menyertai perhimpunan itu pagi tadi maka kita akan panggil mereka dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan.

“Tiada sebarang notis pemberitahuan daripada penganjur berhubung perhimpunan itu diberikan kepada pihak kami, maka satu siasatan dilakukan siasatan sepertimana perhimpunan lain menggunakan peruntukan undang-undang yang ada,” jelas beliau.

Selanjutnya beliau memberitahu, kertas siasatan itu kemudian akan diserahkan kepada kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan sama, katanya, setakat ini polis telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu di ibu negara mendesak tindakan ke atas mereka yang berhimpun di kawasan Parlimen.

Antara antara pimpinan pembangkang yang yang hadir di perhimpunan yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Penasihat Pejuang; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution. – SB