11 individu positif Covid-19 di Parlimen

0
349

SERAMAI 11 individu termasuk petugas dikesan positif Covid-19 dalam saringan yang dilakukan di Parlimen pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 10 kes dikesan positif melalui RTK-AG Saliva Test Kit dan bakinya menerusi RT-PCR.

“Dua daripada mereka dikesan bergelaja ringan manakala selebihnya tidak bergejala,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Seramai 1,183 individu telah menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19, sehingga jam 8.00 malam, semalam.

Berikutan kes-kes positif Covid-19 tersebut, pasukan kesihatan akan menjalankan siasata, penilaian risiko, pengesanan kontak, langkah-langkah pencegahan dan kawalan termasuk pembersihan dan disinfeksi di bangunan Parlimen. 

Semua yang akan hadir ke sesi Sidang Mesyuarat Khas Parlimen minggu hadapan dinasihatkan untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

“Mereka yang bergejala disaran membuat pemeriksaan dan tidak hadir ke Parlimen”, katanya.

Menurut kenyataan DG Hisham, KKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan terkini hasil ujian dan pengesanan kontak rapat yang dijalankan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here