TINDAKAN wakil rakyat pembangkang, terutama daripada DAP mengganggu dan menjerit ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca al-Fatihah untuk semua mangsa COVID-19 pada sidang khas Parlimen, semalam sebagai amat keterlaluan.
Pengerusi Biro Agama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Shabudin Yahaya berkata tindakan itu juga amat memalukan, serta tidak boleh dibiarkan berlarutan,
Katanya, wakil rakyat pembangkang, perlu ‘belajar’ menghormati majlis dan tidak bersikap kurang sopan terhadap pemimpin negara.
Shabudin menyifatkan tindakan semalam itu sebagai menunjukkan sikap sebenar Ahli Parlimen pembangkang berkenaan.
Sementara itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan Ahli-ahli Parlimen yang mengejek kenyataan Muhyiddin di Dewan Rakyat bahawa ‘kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna’ hanya menunjukkan kejahilan mereka dalam memahami kenyataan itu.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, keadaan itu berlaku apabila politik dipisahkan daripada agama sehingga menjadikan seseorang pengamal politik itu tidak berakhlak serta tanpa menyedari melakukan sikap yang terlanjur sehingga melupakan bahawa tiada yang sempurna melainkan Allah sahaja. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.