Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Remy Ishak ikut jejak Zul Ariffin, undur diri dari ABPBH -

[VIDEO] Remy Ishak ikut jejak Zul Ariffin, undur diri dari ABPBH

PELAKON terkenal yang baru mendirikan rumah tangga, Remy Ishak hari ini memaklumkan menarik diri daripada sebarang pencalonan bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 yang akan berlangsung pada 13 November 2021.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Menurut Remy, dia sudah menghubungi pihak Berita Harian supaya tidak dicalonkan dalam sebarang kategori supaya dapat memberi peluang anak seni yang lain untuk bertanding.

“Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori di ABPBH34.

“Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang, saya berpendapat peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak bertanding.” katanya menerusi Instagram miliknya.

Pelakon filem Sangkar itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan peminatnya yang terus menyokong dia selama ini.

Terdahulu, pelakon Zul Ariffin turut mengumumkan menarik diri daripada dicalonkan tahun ini kerana mahu memfokuskan diri untuk menjadi insan lebih baik dan tidak berhasrat untuk keluar dari dunia lakonan. -SB