BEKAS pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh mahu presiden parti itu bertanggungjawab di atas kekalahan besarnya dalam enam pilihan raya negeri semalam.
Idris menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan keputusan pengundian itu.
“UMNO kalah teruk di PRN semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu.
“Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” katanya lapor Malaysiakini.
Pilihan raya bagi enam negeri semalam menyaksikan UMNO hanya meraih 19 kerusi DUN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Keputusan menunjukkan gabungan PH-BN hanya berjaya di Negeri Sembilan apabila menang majoriti dua pertiga dengan BN menyumbang 14 dari 30 kerusi untuk kerajaan negeri.
BN gagal menyumbang lebih dari dua kerusi kepada gabungan itu di semua negeri lain, termasuk di Kedah.
Di Terengganu, kedua-dua BN dan PH gagal meraih kemenangan dan PN menyapu bersih semua kerusi DUN.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.