Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kilang kimia Sungai Puloh didenda RM10,000 -

Kilang kimia Sungai Puloh didenda RM10,000

SEBUAH kilang kimia dikompaun RM10,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor kerana gagal menguruskan sisa buangan sehingga menyebabkan air longkang awam berwarna merah.

Menurut Facebook rasmi JAS, siasatan mendapati kilang terletak di kawasan Perindustrian Sungai Puloh itu gagal mematuhi beberapa peraturan berkaitan pengurusan buangan terjadual.

“Pihak JAS mengenakan kompaun kepada kilang kimia itu sebanyak RM10,000 semalam.

“Kilang itu turut disiasat berhubung pelepasan air berwarna merah ke longkang awam yang ditemui ketika pemeriksaan JAS pada cuti hujung minggu.

KEADAAN air longkang awam berhampiran kilang kimia di Sungai Puloh, Klang. – Foto ihsan FACEBOOK JAS

“Selain itu, sampel air buangan daripada proses kilang terbabit turut diambil untuk analisis kimia bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan lanjut diambil,” menurut kenyataan itu.