Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki OKU didakwa bunuh bapa -

Lelaki OKU didakwa bunuh bapa

SEORANG lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong hari ini, atas tuduhan membunuh bapanya, bulan lepas.

Tertuduh Kan Kong Chen, 22, mengaku faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman, namun tiada pengakuan direkodkan.

Lelaki berambut panjang itu didakwa membunuh Kan Kok Chong, 64, antara 22 hingga 24 Jun lepas di sebuah rumah di Flat Purnama, Taman Gemilang di Jalan Tras di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya S. Punitha yang tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh memohon supaya lelaki itu dihantar ke Hospital Permai, Johor bagi menjalani pemeriksaan psikiatri.

Qasiratul Jannah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan 3 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

Pada 27 Jun lepas, mayat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan terbaring di lantai sebuah rumah di Flat Purnama, Taman Gemilang di Jalan Tras di sini.

Anak mangsa yang difahamkan mempunyai masalah pembelajaran, ditemukan berada di sisi mayat yang mempunyai kesan kecederaan termasuk kesan terbakar di badan.

Semasa kejadian, mangsa hanya tinggal berdua dengan anaknya kerana isteri dan seorang lagi anaknya ke Kuala Lumpur atas urusan perubatan.

BERNAMA