Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Padah 'love scam', kontraktor rugi RM98,648 -

Padah ‘love scam’, kontraktor rugi RM98,648

SEORANG kontraktor di Cameron Highlands dakwa mengalami kerugian RM98,648 selepas terpedaya sindiket ‘love scam’ menerusi Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata, lelaki berusia 39 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita kononnya dari luar negara pada tahun lalu.

“Suspek kemudian memaklumkan dia sudah berada di negara ini bersama wang Euro 81,000, tetapi ditahan pihak berkuasa bersama wang terbabit.

“Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang invidu, mendakwa peguam kepada suspek memaklumkan bahawa suspek ditangkap.

“Mangsa membuat 43 transaksi kepada 13 akaun berlainan dengan tujuan untuk membantu suspek,” katanya dalam satu kenyataan di Kuantan pada Khamis.

Beliau berkata, berikutan itu, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM98,648 wang simpanannya.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan penyamaran dan ‘love scam’.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji manis dan buat semakan nombor akaun serta nombor telefon yang diterima terlebih dahulu di pautan https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi,” ujarnya, lapor Astro AWANI.