Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tindakan tegas perlu elak perhimpunan berulang -

[VIDEO] Tindakan tegas perlu elak perhimpunan berulang

LIMA pertubuhan bukan kerajaan NGO hari ini mendesak tindakan tegas diambil ke atas penganjur dan peserta perhimpunan baju hitam di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu.

Wakil NGO berkenaan, Kamarudin Ahmad berkata, tindakan itu penting bagi mengelak pihak lain mengadakan perhimpunan sama pada masa depan.

“Kita tidak mahu melihat benda ini berterusan. Janganlah kerana tidak ada tindakan dari polis akan ada lagi himpunan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daeah  Dang Wangi hari ini.

Lima NGO terbabit ialah Persatuan Anak Melayu Johor, Gabungan NGO 1Malaysia, Pertubuhan Sosial dan Minda Prihatin, Dewan Perundingan NGO, dan Pertubuhan Salam Budi.

Kamarudi menambah, pihaknya bimbang perhimpunan berkenaan bakal mewujudkan kluster baharu.

Beliau berkata, pihaknya juga terkilan dengan sikap berdiam diri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam isu ini sedangkan ia melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Mengenai perarakan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka, Kamarudin berkata, itu adalah perhimpunan haram.

“Perarakan tidak ada permit, sama taraf perhimpunan haram. Kita minta polis ambil tindakan sewajarnya,” katanya.