AHLI Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi satu kenyataan, mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha kerajaan tingkatkan jumlah suntikan vaksin.
Namun, beliau berkata jumlah vaksinasi perlu dinaikkan lagi kepada 800,000 sehari kerana peningkatan kes baharu terlalu tinggi sehingga sukar untuk dikuarantin dengan berkesan.
Jelasnya, mereka yang disahkan positif terpaksa berada di rumah dan bersama dengan orang yang belum dijangkiti.
“Saya ucap tahniah kerana usaha kerajaan tingkatkan jumlah suntikan vaksin. 500,000 sehari boleh kurangkan kes baharu.
“Tetapi saya berpendapat jumlah perlu dinaikkan lagi kepada 800,000 sehari kerana peningkatan kes baharu disebabkan terlalu ramai dari yang sudah dijangkiti berada disekeliling kita yang tidak dapat dikuarantin dengan berkesan.
“Mereka terpaksa ada di rumah di mana ada yang belum dijangkiti. Mereka juga tidak patuh kepada SOP sepenuhnya,” tambah beliau.
Baru-baru ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 berkata, kadar vaksinasi harian per kapita di Malaysia antara terpantas di seluruh dunia.
Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada statistik dikeluarkan laman web Our World in Data dikendalikan oleh Universiti Oxford.
Tambah beliau, peratusan penduduk Malaysia yang menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos juga pada Rabu lalu telah mengatasi beberapa negara maju seperti Jepun, Australia dan Korea Selatan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.