Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia -

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia

SEBUAH kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

TNI AL dalam satu kenyataan memaklumkan semua kru KRI Teluk Hading-538 dipindahkan ke kapal penunda, TB Bahtera Zalfa yang kebetulan melintas ketika kejadian.

Bahagian tengah kapal perang jenis Frosch I 108 itu dilaporkan terbakar sekitar 2.15 petang waktu tempatan ketika menjalankan operasi.

Punca dan kronologi kebakaran kapal malang itu masih dalam siasatan manakala tiada laporan mengenai kecedaraan kru setakat ini.

“KRI Teluk Hading-538 ditunda menuju ke daratan terdekat untuk pemeriksaan,” menurut TNI AL.

-Bernama