Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pesara wanita rugi hampir RM130,000 diperdaya 'polis Bukit Aman' -

Pesara wanita rugi hampir RM130,000 diperdaya ‘polis Bukit Aman’

SEORANG pesara wanita berusia 61 tahun, kerugian RM129,800 selepas diperdaya sindiket Phone Scam yang menyamar sebagai polis Bukit Aman.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, mangsa menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai polis, mendakwa mangsa terbabit sindiket pemerdagangan manusia dan mempunyai waran tangkap, semalam.

Katanya, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuat tiga transaksi kepada akaun tiga bank yang berbeza bagi tujuan siasatan.

“Selepas berbuat demikian, mangsa berasa curiga kerana suspek masih meminta membuat pemindahan wang lagi ke akaun berlainan.

“Siasatan mendapati sumber kewangan mangsa yang berjumlah RM129,800 adalah daripada wang simpanan sendiri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Dalam kes terbabit, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Katanya, orang ramai juga diminta tidak mendedahkan maklumat berkaitan perbankan.

“Masyarakat juga dinasihat supaya kerap membuat semakan atas kemasukan dan pengeluaran wang yang mencurigakan dalam akaun sendiri supaya tidak menjadi suspek keldai akaun,” katanya.