[VIDEO] RANGKUMAN BERITA RABU, 15 SEPTEMBER 2021

0
418

RANGKUMAN berita di www.satuberta.my hari ini dimulakan dengan perkembangan membabitkan kelompok guru yang menolak vaksin Covid-19.

Para guru yang menolak suntikan vaksin tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di kawasan khas di sekolah berasingan daripada rakan sekerja dan murid yang sudah divaksinasi apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka pada 3 Oktober depan.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin, Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang meneliti jenis tindakan susulan yang boleh dikenakan ke atas kumpulan guru terbabit menerusi konteks peraturan dan tatacara perkhidmatan awam.

SEMENTARA itu di arena politik, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said telah mencadangkan rakyat diberi kuasa menentukan sama ada wakil rakyat kawasan mereka yang melompat parti, perlu diganti atau dikekalkan.

Menurut beliau, satu mekanisme melalui Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti diwujudkan, supaya senarionya lebih terbuka dan menghalang wakil rakyat daripada melompat parti sesuka hati pada bila-bila masa.

Beralih kepada berita tular di media sosial.

Baru-baru ini tular seorang wanita di Facebook yang dikenali sebagai Rus Majida Hassan yang menceritakan tentang kehilangan 3 pokok kesayangannya yang bernilai RM50,000 semalam di Terengganu.

Mungkin dek terlalu sedih dan berang atas kehilangan itu, wanita tersebut memberi amaran kepada si pelaku supaya memulangkan pokok-pokok tersebut dan berdoa agar pokok itu tidak hidup subur di tangannya.

Ikuti berita penuh dipautan-pautan berikut –

1. Guru tolak vaksin ditempatkan di kawasan khas ( http://bit.ly/gurutolakvaksin )

2. Jangan terus gugur talak parti, kena bagi edah ( http://bit.ly/edahpolitik )

3. Pokok kayangan bernilai RM50,000 hilang, wanita minta bantu cari. ( http://bit.ly/pokokkayangandicuri )

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here