Perhilitan gagalkan cubaan seludup sumbu badak bernilai RM30 juta

Berjaya tahan dua suspek penyeludup

0
272

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 50 sumbu badak yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Selain itu, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Tengah yang dijalankan jabatan tersebut pada 9 September di bulatan Masjid KLIA Sepang, Selangor itu juga berjaya membawa kepada penangkapan dua suspek yang menjadi dipercayai dalang kegiatan jenayah berkenaan.

Menurut kenyataan media yang diedarkan Perhilitan hari ini, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu menyimpan mana- mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.

“Operasi tangkapan ini telah dijalankan oleh anggota Perhilitan hasil daripada aktiviti risikan secara berterusan oleh unit khas.

“Kesemua 50 sumbu berkenaan akan dijalankan ujian DNA (asid Deoxyribonucleic) oleh Makmal Forensik Perhilitan bagi mengenalpasti sama ada ia daripada spesies badak tempatan atau luar negara,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut juga menyatakan, jika disabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua- duanya sekali. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here