SELANGOR dan Johor mencatatkan kes penceraian paling tinggi di dalam negara dalam tempoh Mac 2020 hingga Ogos tahun ini.
Secara keseluruhan, sebanyak 76,786 kes penceraian didaftarkan di seluruh negara bagi tempoh yang sama.
Menurut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob daripada jumlah itu, seramai 66,440 kes penceraian membabitkan pasangan beragama Islam, manakala baki 10,346 adalah pasangan bukan Islam.
Perdana Menteri berkata, berdasarkan perincian kes yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Selangor merekodkan sebanyak 12,479 kes dalam kalangan pasangan beragama Islam manakala Johor (7,558) dan Kedah (5,985).
Sementara itu, bagi golongan bukan Islam, negeri Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3160 kes, diikuti Kuala Lumpur (2893) dan Perak (1209).
Ismail berkata, demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ahli Parlimen Tampin, Prof. Datuk Dr. Hasan Bahrom yang mahu tahu mengenai statistik perceraian masyarakat luar bandar semasa pandemik.
Bagaimanapun, Ismail Yaakob berkata, mahkamah tidak mempunyai statistik khusus berkenaan bilangan penceraian masyarakat luar bandar semasa pandemik.
“Jabatan ini tidak mempunyai pecahan statistik khusus permohonan perceraian yang melibatkan masyarakat bandar mahupun luar bandar,” jelasnya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.