[VIDEO] Tak perlu pergi jauh bercuti, Selangor ada ratusan destinasi

0
325

HADIAH kebebasan untuk merentas daerah dan antara tiga negeri di Lembah Klang pastinya telah dinanti-nantikan sejak sekian lama oleh orang ramai.

Sejak kebenaran rentas negeri itu diberikan pada 10 September, dapat dilihat kawasan kawasan rekreasi seperti Sungai Pisang, Sungai Tua dan Air Terjun Kancing berpusu-pusu dipenuhi oleh orang ramai.

Masakan tidak, selepas sekian lama dipenjarakan oleh Covid-19 inilah masanya untuk orang ramai untuk merehatkan minda dan tubuh serta berekreasi bersama sama keluarga.

Pun begitu, perlu diingat peperangan menentang Covid-19 masih belum berakhir dan kita masih belum menang.

Tatkala bersantai dan bergembira bersama keluarga dan handai taulan sentiasalah berdisiplin mematuhi SOP agar kita tidak terkurung lagi di Covid-19. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here