Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Trafik mula sesak di Tol Gombak -

Trafik mula sesak di Tol Gombak

ALIRAN trafik dari Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur mulai sesak setakat 11 pagi tadi berikutan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik tinggi arah Timur dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi.

“Kenderaan semakin bertambah sejak semalam namun masih bergerak perlahan dan aliran trafik sesak sehingga ke Genting Sempah, Pahang.

“Selain itu, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT) dan LPT2 dilaporkan lancar di kedua-dua arah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia berkata aliran trafik di dua lebuh raya utama menuju ke utara dan selatan bergerak lancar iaitu di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Jalan Duta.

Menerusi akaun rasmi Twitter PLUS memaklumkan trafik arah Utara dari Slim River ke Sungkai didapati perlahan manakala terdapat kemalangan di Kilometer 301.8 arah utara dari Bangi ke Kajang.