Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anak mengaku salah kelar ibu, adik hingga cedera parah -

Anak mengaku salah kelar ibu, adik hingga cedera parah

SEORANG penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan ibu dan adik perempuannya dengan mengelar mereka menggunakan pisau pemotong daging.

Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Sapiah Abdul Kadar, 49, dan Noor Iman Dania Abu Samad 11, dengan menggunakan pisau pemotong daging yang merupakan suatu alat untuk menetak di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, Melaka Tengah pada 10 malam, 10 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon Muhammad Hidayat yang tidak diwakili peguam menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor bagi mendapatkan laporan kesihatan mental.

Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan psikiatri.