Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT -

Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT

MESYUARAT Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis malam memutuskan untuk membatalkan pemecatan Datuk Lokman Noor Adam sebagai ahli MKT UMNO.

Lokman menerusi Facebook rasminya berkata, perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya melalui panggilan telefon.

“Alhamdulillah, baru terima panggilan daripada Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO yang memaklumkan bahawa MKT UMNO malam ini (semalam) telah membatalkan pemecatan saya dan kini saya kembali sebagai Ahli MKT UMNO,” tulis beliau lapor Astro AWANI.

Dalam status sama, Lokman menegaskan pembatalan itu juga mengembalikan hak beliau untuk bertanding dalam pemilihan parti pada tahun ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Lokman dipecat daripada UMNO pada 7 Februari 2020.

Pemecatan Lokman dipercayai berkaitan pendedahan rakaman audio yang didakwa menggambarkan percubaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meyakinkan pemimpin parti itu agar bekerjasama dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.