Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPRM siasat kakitangan JKDM bersekongkol seludup tembakau kunyah -

SPRM siasat kakitangan JKDM bersekongkol seludup tembakau kunyah

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan terdapat kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan tembakau kunyah di negara ini sejak 16 tahun lalu.

Sumber SPRM ketika dihubungi Sinar Harian bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut butiran kes berkenaan kerana khuatir akan menjejaskan siasatan.

“Maaf, saya tak boleh ulas lanjut, lebih banyak pendedahan akan jejaskan tindakan kami,” kata sumber berkenaan, hari ini

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, Selasa lalu, mengesahkan siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dilakukan pihaknya.

Media sebelum ini mendedahkan dalang utama sindiket yang dikenali sebagai Datuk M turut dikesan tidak pernah mengisytiharkan barangan import atau membayar cukai.

Nama Datuk M kini agak panas apabila dikaitkan dengan satu sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan bernilai RM14.4 juta menerusi Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang 31 Ogos lalu.

Difahamkan kegiatan sindiket ini dikatakan kebal kerana mempunyai ‘kabel’ kuat melibatkan beberapa pegawai kanan JKDM selain dikatakan bergerak bebas sehinggakan menguasai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ini dilakukan bagi melancarkan operasi penyusupan barangan yang diimport dari India tersebut.

Bukan itu sahaja malah sindiket terbabit didakwa turut bertindak menawarkan wang kepada beberapa pegawai kastam.