Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
"Apa pun tak nampak lagi, sembang!" - Yaakob Osman soal formula Rafizi -

“Apa pun tak nampak lagi, sembang!” – Yaakob Osman soal formula Rafizi

TEMPOH sebulan semakin hampir namun kemelut kawalan harga masih gagal diatasi oleh kerajaan PH-BN.

Ketua Bahagian BERSATU Nibong Tebal, Yaakob Osman berkata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini mahu melihat pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mempertikaikan kenyataannya akan ‘terduduk’ berhubung isu penawaran dan permintaan barangan, hanya sekadar sembang kosong.

“Betul lah orang cakap macam mana bijaknya penampakan seseorang, apabila dilantik menteri terus jadi kurang cerdik.

“Hari itu beliau kata jangan beli ayam… kalau ayam mahal… by right katanya. Ini suruh pulau restoran dan kedai pulak.

“Mana formula awak yang berbagai tu? Keluarkan lah. Bila lagi. Ni dah dekat sebulan dah katanya dulu penyokong PN akan terduduk dengan langkah dia dalam sebulan.

“Apa pun tak nampak lagi. Sembang!” katanya dalam reaksi ringkas, lapor Berita Bersatu.

Pada 26 Disember tahun lalu, media melaporkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mempertikai kenyataan Rafizi Ramli berhubung isu penawaran dan permintaan barangan akan ‘terduduk’ dalam sebulan lagi setelah langkah itu difahami seluruh rakyat dengan rasional.

Menurut Menteri Ekonomi itu, usaha untuk menyuntik keanjalan dalam permintaan diperlukan sebagai satu mekanisme kawalan harga.

Menurut beliau, perkara itu secara tidak langsung dapat mengembalikan kuasa pengguna.

“Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini.

“Jangan takut dengan pandangan umum. Insya-Allah rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta.

“Dalam sebulan lagi, geng-geng PN yang pertikai semua akan terduduk. Sama macam mereka terduduk soal-soal lain yang asalnya kontroversial tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” katanya dalam akaun Twitter beliau.