Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Enam lelaki ditahan rusuhan, gaduh di pusat beli-belah Miri -

Enam lelaki ditahan rusuhan, gaduh di pusat beli-belah Miri

ENAM individu ditahan bagi membantu siasatan pergaduhan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Miri, Sarawak yang tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Anak Chabu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira 11 pagi semalam.

Susulan itu, katanya, enam lelaki tempatan berusia 19 hingga 34 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, iaitu merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan, lapor FMT.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Ramping Jimbai di talian 085-433222.

Klip video yang tular di Facebook menunjukkan beberapa individu bergaduh di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Miri, dengan seorang daripada individu itu dirakam memecahkan cermin sebuah kenderaan menggunakan senjata.