Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tanah runtuh: Keluar hospital, Norazam terus bergegas ke lokasi -

Tanah runtuh: Keluar hospital, Norazam terus bergegas ke lokasi

PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan angin ahmar ringan pada Isnin, dilihat berada di lokasi tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali di sini pada petang Khamis.

Norazam ketika ditemui memaklumkan, beliau berada dalam keadaan baik dan dibenarkan pulang hari ini.

“Saya dibenarkan keluar hospital hari ini, doktor kata perlu rawatan lanjut.

“Hari ini saya turun di lokasi sebab hendak tengok dan bagi semangat kepada anak-anak buah saya,” jelasnya ringkas memetik laporan Astro AWANI.

Tambah Norazam, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengamal media yang sentiasa memberikan maklumat semasa mengenai oeprasi sekali gus memberi suntikan moral kepada setiap petugas.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pengamal media yang tidak henti-henti memberikan semangat kepada petugas SAR,” katanya lagi.

Norazam dimasukkan ke Hospital Selayang pada 6.00 petang Isnin selepas disahkan menghadapi serangan angin ahmar ringan dan keletihan.