Covid-19: 19,733 kes baharu, Sarawak masih tertinggi

SEBANYAK 19,733 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi untuk tiga hari berturut-turut.

Sarawak mencatatkan sebanyak mencatatkan 3,100 kes baharu hari ini, penurunan ketara berbanding mencatatkan 3,200 kes semalam dan 3,714 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini mencecah 1,900,467 kes.

Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,989 kes diikuti Pulau Pinang (2,474), Sabah (2,067), Johor (1,867), Kedah (1,564), Kelantan (1,471) dan Perak (1,319).

Sementara itu, negeri yang merekodkan kes di bawah empat angka adalah Terengganu (904), Pahang (700), Kuala Lumpur (537), Melaka (375), Negeri Sembilan (256), Perlis (74), Putrajaya (29) dan Labuan (7). – SB