SEBANYAK 26 jalan masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami banjir di Terengganu pagi ini, menurun berbanding 30 laluan malam tadi.
Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya Terengganu, melaporkan sehingga 8 pagi ini, 11 jalan di sekitar daerah Dungun ditutup kepada semua kenderaan manakala lima laluan ditutup kepada kenderaan ringan.
Jalan yang ditutup adalah Jalan Tepus-Kuala Jengal di Sungai Cemuak (0.80m); Jalan Kampung Wa-Kuala Jengal berhampiran surau Kampung Pinang (0.80m) dan selepas SK Kampung Wa (0.80); Jalan Durian Mentangau di Jambatan Durian Mentangau (0.80m) dan Jalan Padang Ping berhampiran tempat lumba kuda (0.80m).
Selain itu Jalan Nerang Jerangau di simpang tiga kedak runcit selepas jambatan Jerangau (0.80m); Jalan Besol Lama Rantau Panjang di simpang tiga Kampung Panjang ke Besor (0.80m); Jalan Che Lijah di Kampung Padang Pulut (0.80 m); Jalan Jerangau Sungai selepas ladang getah (0.80m); Jalan Jerangau-Jabor Bukit Besi dan Jalan Kuala Terengganu – Kuantan di Kampung Nyior (0.70m), lapor BH Online.
Lima jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan ialah Jalan Tepus-Kuala Jengal berhampiran Dfarm Resort (0.50m); Jalan Tok Kah Jerangau berhampiran tapak sangkar ikan (0.60m); Jalan Jerangau Sungai selepas ladang getah (0.60m); Jalan Che Lijah di Loji Air Kemudi (0.80m) dan Jalan Jerangau-Jabor di Kampung Dendang (0.35m).
Di Hulu Terengganu sembilan jalan masih ditutup kepasa semua kenderaan adalah Jalan Batu 24-Pengkalan Ajal di Kampung Pasir Pelita (1.10m); Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong di Kampung Bukit Tadok (0.85m); Jalan Kampung Pelam/Bukit Lawang di Kampung Kampung Pelam (0.78m) dan
Jalan Bukit Perah/Kampung Jak/Kuala Kejir di Kampung Jak/Kejir (1.30m).
Jalan Aring 8-Kenyir -Kuala Jeneris; Jalan Ajil-Kuala Berang di Kampung Paya Besar (1m); Jalan Bukit Diman-Tersat di Kampung Pengkalan Ajal (1.75m); Jalan Simpang Gaung-Sungai Tong di Kampung Teris dan Jalan Kuala Berang/Sekayu/Belukar Bukit/simpang Mengkawang di Belukar Bukit.
Daerah Kuala Nerus empat jalan ditutup membabitkan Jalan Tepoh-Wakaf Mesira di Kampung Tepoh (1m); Kuala Teregganu-Kota Bharu di tempat pelupusan sampah Sungai Ikan (1.20 m), Masjid Sungai Ikan (0.80m) dan Jambatan Tepoh (1.20 m).
Di Setiu kekal dua jalan di tutup kepada kenderaan iaitu Jalan Kampung Bukit -Alur Lik simpang ke Kampung Bukit/Alur Lik dan Jalan Kampung Bukit-Alur Lik di Kampung Bukit (1m).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.