RIBUT di beberapa kawasan di Jalan Pandan Jaya 2/3 dan Persiaran Pandan, Ampang Jaya, punca pokok tumbang dan menghempap empat kenderaan hingga rosak.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kejadian berlaku antara 3 hingga 3.30 petang menyebabkan Proton Waja, Nissan Vanette dan dua motosikal rosak.
“Bomba berjaya mengalihkan dahan dan pokok tumbang yang menghempap kenderaan pada 3.40 petang,” katanya, lapor Harian Metro.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.