TOKOH pendidikan, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Yusri Mohamad dalam Facebook beliau.
“Telah pulang ke rahmatullah Cikgu Dr. Sidek Baba pukul 7 lebih tadi. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmah dan maghfirah. Al-Fatihah,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.
Sidek adalah tokoh pendidikan yang tidak asing lagi apabila sering menghasilkan pelbagai buku dan menyumbang artikel kepada akhbar arus perdana.
Beliau sentiasa menabur bakti dalam akademik terutama mengenai Pendidikan Islam kerana mahu masyarakat umum memahami tentang kepentingan ilmu itu.
Atas sumbangan itu, beliau pernah menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 peringkat kebangsaan.
Sidek yang dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menangani Hal Ehwal Pembangunan Pelajar pada tahun 1994 hingga 2002.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.