Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mohd Shukri mula tugas sebagai Menteri Besar Perlis -

Mohd Shukri mula tugas sebagai Menteri Besar Perlis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Besar Perlis kelapan pada Rabu.

Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada jam 9 pagi.

Ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dr Faizal Kamarudin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Rusdi Yahya.

Pesuruhjaya Pas Perlis itu kemudian menghadiri sesi pembentangan mengenai pentadbiran kerajaan negeri Perlis.

Pada Selasa, Mohd Shukri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis kelapan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Shukri dinamakan sebagai calon tunggal untuk mengisi jawatan Menteri Besar baharu selepas PN berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

PRU15 menyaksikan PN berjaya meraih kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali di Indera Kayangan yang dimenangi calon Pakatan Harapan, Gan Ay Ling.

Keputusan itu sekali gus menamatkan penguasaan lebih 60 tahun BN di Perlis.