PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan gabungan itu sudah mendapat sokongan bilangan Ahli Parlimen melebihi 112 yang dikehendaki dalam Perlembagaan Negara.
Atas sebab itu kata Muhyiddin, pihaknya yakin sewajarnya PN boleh membentuk kerajaan.
Katanya, beliau telah pun menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Istana Negara semalam menerusi e-mel, untuk membuktikan PN mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
“Saya nak jelaskan semalam saya telah pun menyerahkan secara online, dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Istana Negara, untuk membuktikan bahawa kami PN dengan gabungan banyak parti-parti dan Ahli Parlimen parti, berjumlah 115 dengan SD, dikemukakan kepada pihak Istana Negara.
“Saya nak menunjukkan bukti bahawa sewaktu kami menyerahkan menerusi e-mel, waktu kita serah, kita punyai jumlah bilangan Ahli Parlimen melebihi 112 yang dikehendaki dalam Perlembagaan Negara. Sebab itu kami yakin sewajarnya kami boleh bentuk kerajaan,” katanya pada sidang media yang diadakan di hadapan kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada petang Selasa.
Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada petang Selasa berkaitan isu pelantikan Perdana Menteri ke-10. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.