PN tolak kerjasama dengan PH untuk kerajaan perpaduan

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau menolak cadangan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan perpaduan.

“Saya diminta menandatangani dokumen kalau kami bersetuju. Saya sign, tapi jawab ‘tidak bersetuju’.

“Itu adalah pendirian yang kami ambil,” katanya pada sidang media yang diadakan di hadapan kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada petang Selasa.