Lebih 36.74 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Malaysia sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu hingga semalam, menurut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Data berkenaan juga menunjukkan dalam tempoh itu 68.8 peratus atau 16,107,712 individu populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan suntikan masing-masing sama ada membabitkan vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.
JKJAV juga memaklumkan 88.3 peratus atau 20,677,827 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dalam tempoh itu.
Sebanyak 97.1 peratus atau 5,987,464 daripada populasi dewasa di Lembah Klang – merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – telah melengkapkan suntikan masing-masing.
Tujuh negeri – Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Kedah, kelantan dan Sabah – masih berada di bawah paras 60 peratus lengkap divaksin seperti ditetapkan, apabila mencatatkan antara 45.2 peratus dan 58.9 peratus.
Semalam sahaja, sebanyak 313,751 dos vaksin telah diberikan di seluruh negara mambabitkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos kedua.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.