Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anak muda akan nikmati 21 manfaat besar Tawaran PN Best -

Anak muda akan nikmati 21 manfaat besar Tawaran PN Best

PERIKATAN Nasional (PN) menjaminkan anak muda di negara ini akan menikmati manfaat besar menerusi 21 tawaran yang berkait dengan golongan itu daripada 234 tawaran keseluruhan gabungan parti itu di dalam Tawaran PN Best.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara tawaran yang diketengahkan PN khas untuk golongan muda adalah komited untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan dalam bidang ekonomi berpendapatan tinggi kepada golongan muda.

“Peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan adalah antara impian anda. Jadi kami komited untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan dalam bidang ekonomi berpendapatan tinggi kepada anak muda.

“Insentif kepada belia dan mahasiswa juga menjadi perkara besar yang kami mahu bawakan. Boleh lihat insentif dan manfaat yang semestinya diperlukan oleh anak muda,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada Khamis.

Berikut adalah 21 tawaran kepada anak muda menerusi Tawaran PN Best: