Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] KWSP bersasar jika PN menang - Muhyiddin -

[VIDEO] KWSP bersasar jika PN menang – Muhyiddin

PERIKATAN Nasional (PN) akan mempertimbangkan pengeluaran KWSP bersasar jika menang Pilihan Raya Umum Ke-15, pada 19 November ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun tidak diumumkan dalam pengumuman Tawaran PN sebentar tadi, PN sedia mempertimbangkan pengeluaran bersasar itu.

“Tak ada dalam manifesto, tetapi dulu kita buat pun tak ada dalam manifesto, insya-Allah antara perkara yang kita akan lihat balik semula ialah KWSP bersasar,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Tawaran PN bagi PRU-15 di Shah Alam malam ini.