KAMI bukan gedik, hanya suka-suka. Demikian penjelasan kumpulan gadis TikTok yang dikenali Jerung Kuning Johor mengulas video mereka di aplikasi tersebut.
Video yang kini mencecah 1.8 juta tontonan dengan lebih 105 ribu tanda suka mirip dua lagi video tiktok lain yang turut memaparkan aksi sekumpulan gadis mengenakan baju sama warna.
Salah seorang ahli Jerung Kuning Johor, Aznatul Fazliah Mohd Razim, 30, mereka membuat video tersebut hanya sekadar suka-suka, mengikuti trend terkini dan tidak berniat menyindir kumpulan lain.
“Kami buat video itu untuk content sahaja,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.
Sebelum ini, tular di media sosial dengan kemunculan ‘Skuad Jerung Merah’ dari terengganu, dan ‘Set Tupai Kuning,’ dari Kelantan.
Menurut Fazliah, gadis lain dalam video berkenaan rakan sepasukan kerja yang menguruskan penjualan produknya, Fazlvcosmetics.
Mengulas kecaman oleh netizen, Fazliah berkata mereka tidak mengambil hati dengan kata-kata mereka.
“Kami tak ambil hati, lagipun niat kami bukan nak menggedik. Bila video tu dah viral, ianya luar kawalan kami lagi. Saya ambil sisi yang positif sahaja, yang sisi negatif itu saya ketepikan sahaja.
“Kami bukan gedik, kami memang suka untuk berseronok. Saya juga memang seorang yang selalu menceriakan pasukan kerja saya,” katanya.
Tambah Fazliah, sedar kecaman sebahagian budaya di atas talian, namun dia berharap supaya semua pihak dapat mengawal diri sebab semua orang ada hati dan perasaan.
“Kalau boleh kita sokong sama sendiri. Tapi yang mana terkurang kita sama-sama perbaiki, yang mana baik, kita ambil jadikan teladan,” katanya lagi.
Anak kelahiran Pontian, Johor itu menjelaskan dia telah memulakan bisnes tersebut sejak tahun lepas, bermula dengan produk penjagaan kulit dan rambut.
Sehingga kini, Fazliah mempunyai 50 ahli pasukannya, kebanyakannya pengikutnya di Instagram yang mengikuti perjalananan dan perkembangan bisnes sejak dari awal lagi. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.