Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bantuan khas RM2,500 penjawat awam diteruskan jika PN menang PRU-15 -

Bantuan khas RM2,500 penjawat awam diteruskan jika PN menang PRU-15

PERIKATAN Nasional (PN) berjanji akan meneruskan pemberian Elaun Khas atau Bantuan Khas sebanyak RM2,500 kepada penjawat awam seperti diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023, jika gabungan parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 Nov. ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu selari dengan keputusan PN memasukkan perkara tersebut di dalam manifesto parti sempena PRU-15.

“Ada orang bertanya kepada saya, Tan Sri bila PN esok adakah PN akan laksanakan bajet 2023. Saya jawab, ya.

“Kita akan melaksanakan apa yang telah pun tersenarai dalam bajet 2023 yang telah dibentangkan tapi belum diluluskan,” katanya ketika berucap pada majlis Jelajah Prihatin Nasional di Putrajaya, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

Muhyiddin berkata, penjawat awam memberikan sumbangan besar kepada negara dan sumbangan tersebut seharusnya dihargai.

“Semasa pandemik Covid 19 memuncak siapakah yang bertungkus lumus membantu kerajaan menangani wabak ini, penjawat awam. Jadi pada malam ini sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih atas pengorbanan penjawat awam membantu kerajaan memerangi Covid-19,” katanya.