Anwar mahu kukuhkan koridor DAP di Perak-Azmin

0
187

PENGARAH Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya untuk kukuhkan koridor DAP di negeri itu.

Berucap pada program Jelajah Prihatin Parlimen Putrajaya di sini hari ini, beliau berkata:” Agenda PKR dan Anwar di Perak adalah untuk memperkukuhkan koridor DAP di Perak supaya dapat wujudkan satu lagi Pulau Pinang di Perak.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menolak Pakatan Harapan pada PRU15 kali ini.

“Orang Melayu, Cina dan India kena faham, kita tidak boleh terima parti perkauman sempit dan kita kena tolak Pakatan Harapan (PH) dalam PRU15 nanti,” katanya.

Sebelum ini, Presiden PKR itu mengumumkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 kali ini dan keputusan itu menyaksikan beliau dijangka bakal bertembung dengan Timbalan Presiden Bersatu yang merupakan penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pada PRU14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here