Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Empat rumah sederet terbakar di Alor Setar -

Empat rumah sederet terbakar di Alor Setar

EMPAT buah rumah sederet temasuk sebuah motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 10.01 malam.

Katanya, dua pasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, bomba mendapati dua buah rumah sedang terbakar dan api marak telah merebak ke dua lagi rumah bersebelahan.

“Kerja pemadaman mengalami sedikit kesukaran kerana di sekitar Alor Setar mengalami gangguan bekalan air dan bomba terpaksa menggunakan ‘water tanker’ bagi pemadaman.

“Api berjaya dipadamkan pada jam 11.24 malam dengan bantu daripada pasukan bomba sukarela,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kesemua penghuni berjaya lari keluar untuk menyelamatkan diri.

Katanya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan lapor Astro AWANI.