Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Samsuri nafi kesahihan poster lapan calon Parlimen PN  -

Samsuri nafi kesahihan poster lapan calon Parlimen PN 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan kesahihan poster lapan calon Parlimen  Perikatan Nasional (PN) di negeri ini yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

Beliau berkata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sesiapa sahaja boleh membuat poster sedemikian atas pelbagai tujuan.

“Saya gelak sahaja tengok gambar (poster) tu, bukan itu sahaja, ada lagi yang lain. Tak tahulah siapa yang buat, kalau ikut poster tu memang tak betullah.

“Saya pun tak tahu lagi akan bertanding di mana, bertanding ke tak bertanding ke, memang tak tahu lagi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai poster tersebut selepas mengiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menyampaikan hadiah kepada pemenang Debat Diraja Antara Institut Pengajian Tinggi 2022 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Ahad memetik Utusan Online.

Poster tersebut memaparkan enam pemimpin Pas iaitu Ahmad Samsuri bertanding di Parlimen Kuala Nerus, Khalil Abdul Hadi (Marang), Datuk Fariz Mustafa Ali (Dungun), Hanafiah Mat (Kemaman), Datuk Ahmad Amzad Hashim (Kuala Terengganu) dan Zabidi Yusof (Besut).

Dua lagi calon ialah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Razali Idris (Setiu).

Razali bagaimanapun, telah mengesahkan beliau tidak bertanding di mana-mana Parlimen pada pilihan raya kali ini.

Ditanya mengenai senarai calon Parlimen bagi parti-parti komponen PN pula, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, perkara itu belum dimuktamadkan.