Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kanak-kanak 'bertenggek' di tingkap tingkat 16 kondominium ketika ahli keluarga tiada di rumah -

Kanak-kanak ‘bertenggek’ di tingkap tingkat 16 kondominium ketika ahli keluarga tiada di rumah

POLIS Johor mengesahkan kejadian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bermain di luar tingkap di tingkat 16 sebuah kondominium di Larkin, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi klip video tular di media sosial pada 9.15 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika keluarga kanak-kanak itu menziarahi kediamanan bapa saudaranya, semalam.

“Kanak-kanak tersebut dikatakan bermain di luar tingkap tanpa pengetahuan bapa saudara dan ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis seperti dilaporkan oleh UtusanTV.

Jelasnya, semasa kehadiran polis di tempat kejadian kanak-kanak tersebut tiada di rumah dan telah pulang mengikut bapanya ke kediaman mereka di Pasir Gudang.

Sehubungan itu, polis telah memberi nasihat kepada ahli keluarga kanak-kanak tersebut supaya memasang pagar besi di tingkap bagi tujuan keselamatan.

Raub turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau tingkah laku anak-anak daripada kejadian yang tidak diingini.